Wednesday, February 3, 2010

mai kita belajaq undang-undang (1)-lesen&insurans

-by hijaupadi-

Situasi:

“Seorang lelaki telah dihadapkan di Mahkamah Majistret dibawah dua tuduhan iaitu (i) pada 6 Februari 1995 lebih kurang 5.30 petang di Jalan Bukit Zimbabwe sebagai pemandu kereta XYZ1234 telah "tiada lesen memandu" dan (ii) "telah tiada Policy Insurans". Kesalahan pertama adalah di bawah s. 26(1) Akta Pengangkutan Jalan (Road Transport Act) 1987 dan yang kedua di bawah s. 90(1) .

Hukuman terhad dibawah (i) s. 26(2) "to a fine not exceeding RM1,000 or to imprisonment ... not exceeding three months or to both ..." dan (ii) s. 90(2) "to a fine not exceeding RM1,000 or to both" dan untuk kesalahan kedua juga "disqualified from holding or obtaining a driving licence under Part II for a period of 12 months from date of conviction."

Pada 8 Mac 1995, lelaki itu telah mengaku salah terhadap kes saman trafik yang tersebut di atas.

Tuan Majistret telah menjatuhkan hukuman denda RM200 jika tidak bayar 3 hari penjara bagi kesalahan pertama di bawah s. 26(1) Akta Pengangkutan Jalan dan denda RM200 jika tidak bayar 3 hari penjara bagi kesalahan kedua di bawah s. 90(2) Akta yang sama . Mahkamah juga telah menggantung lesen Kelas 'D' lelaki itu selama setahun. ”

Mai kita tengok sapa yg kena;

Kebiasaannya, apabila seorang pemandu ditanya mengenai lesennya, sungguh pun dia telah dilesenkan, jawapannya ialah "saya tak ada lesen." Ini sering terjadi apabila dia terlupa membawa lesennya bersama. Dari segi fizikal, jawapan itu memang benar kerana lesen tidak bersamanya pada waktu itu. Tetapi dari segi undang-undang keadaan mungkin bukan serupa iaitu pemandu itu dilesenkan cuma dia lupa bawa lesen ketika itu.

Yang sepatutnya pegawai saman itu lebih elok jika bertanya "Adakah tuan/puan telah dilesenkan untuk memandu ... ?" Jika ya, "di mana lesen tersebut?" Dan dari itu penyelidikan dapat dijalankan untuk menentukan sama ada lesen itu masih hidup atau sudah luput.

Majistret juga mesti bertanya kepada orang kena saman (OKS) di di dalam Mahkamah soalan seperti ini: "Adakah anda telah dilesenkan untuk memandu ..." (Have you been licensed to drive?). Jika pegawai polis/JPJ atau Majistret telah menjalankan siasatan atau pertanyaan yang disebut di atas maka kekeliruan tidak akan timbul dan OKS akan mendapat keadilan yang sepatutnya.

Jika pada awalnya didapati bahawa OKS telah "dilesenkan" (licensed to drive) maka pertuduhan sesuai dipinda ke s. 58(2) :

Any person in charge of a motor vehicle on a road shall, on being so required by any police officer, any traffic warden or any road transport officer having reason to believe that he has committed any offence under this Act , produce his driving license for inspection by such officer.

If any person fails to comply with this section, he shall be guilty of an offence.

dan boleh dihukum bawah s. 119(1)/119(2) APJ:

Any person who is guilty of an offence under this Act shall, where no special penalty is provided, be liable in the case of a first conviction, to a fine not exceeding one thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding three months and, in the case of a second or subsequent conviction, to a fine not exceeding two thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding six months or to both.

Jika seseorang itu telah atau masih dilesen untuk memandu kenderaan, ini dengan serta merta bermakna bahawa kesalahan di bawah s. 90(1) tidak berlaku.

Kesalahan di bawah s. 90(1) adalah serius oleh kerana:

... if an innocent road user is knocked down and injured or killed, he and/or his dependants may have no means of recovering from the uninsured driver any loss or damage he and/ or they may have suffered or sustained

per Chong Siew Fai J (as he then was) in Public Prosecutor v. Hiew Chin Fong [1988] 1 MLJ 467.

Untuk renungan kita bersama adakah insurans kereta dengan tiba-tiba dimentaksahkan (immediately becomes invalidated) jika kereta itu dipandu oleh seorang yang lesennya telah tamat tempohnya? Kes Josephine Yii Chui Leng v. Public Prosecutor [1973] 1 LNS 58 telah memutuskan bahawa:

... taking into account the evidence of the insurance company's representative, ... she (the appellant there) ... was in fact still covered by the insurance policy

sungguhpun pada waktu dia memandu kereta tersebut dia cuma miliki "expired driving license". Sila lihat juga Public Prosecutor v. Albert See [1970] 1 LNS 109 dan Edwards v. Griffiths [1953] 1 WLR 1199. Ini lagi satu alasan yang seorang pemandu dengan lesen yang luput tidak semestinya kehilangan perlindungan insurans.

1 comment:

Unknown said...

bile nk jd lecturer...??? huhuhu....:P

Post a Comment